Syarikat SJ TECHNOLOGIES AND SERVICES telah ditubuhkan pada 11hb Jun 2015. Sejak 20 tahun lalu Hajjah Chik telah mengusahakan gerai makan di Kampung Masjid Batu, Kuala Kurau dengan menu utama Gulai Sembilang dihadapan rumah beliau. Atas faktor usia dan kesihatan perniagaan telah ditutup. Keunikan citarasa masakan yang disediakan oleh Hajjah Chik tetap ditagih oleh penduduk setempat memberi idea kepada anak beliau, Puan Siti Jelita untuk menghasilkan pes berasaskan resepi masakan ibu beliau.
Pes dihasilkan laris dijual dan mendapat permintaan tinggi dari kawasan sekitar Parit Buntar, Bagan Serai dan Taiping untuk melakukan penambah baikan dan pemasaran produk yang lebih efektif Syarikat SJ Technologies And Services telah mengambil alih perniagaan pada Disember 2018.
Puan Siti Jelita sendiri telah menghadiri kursus penyediaan, pembungkusan dan pemasaran makanan dalam proses menaik taraf produk. Syarikat turut mendapat khidmat nasihat, bantuan peralatan atau mesin dan sebagainya dari Pihak Baitulmal (MAIPK).
Syarikat merancang untuk menaik taraf perniagaan melalui pengubahsuaian premis kedai makan ibu beliau yang sangat strategik dihadapan jalan utama ke pekan Kuala Kurau. Di alamat No. 24, Kampung Masjid Batu, Kuala Kurau, Perak Darul Ridzuan.
Pihak syarikat akan mengadakan demostrasi Food Taster dihadapan Market Bagan Serai dan dipasar-pasar sekitar Kuala Kurau, Batu 5, Jalan Parit Buntar, Parit Buntar dan Taiping.
Jumpa kami disana.
Jumpa kami disana.
Semoga usaha kami beroleh kejayaan. In Syaa Allah, Aamiinn.......
ChikTa Pes Kari Ikan
ChikTa Pes Kari Daging/Ayam/Telur/Udang
ChikTa Pes Kurma
ChikTa Pes Asam Pedas
ChikTa Pekasam Daging Burger
"RASA SEKALI NAK LAGI"
No comments:
Post a Comment