Monday, May 13, 2019

FLYER PRODUK


PASTE ASAM PEDAS by ChikTa


Paste Asam Pedas pekat sudah sinonim dan menjadi kegemaran masyarakat di sebelah selatan Semenanjung Malaysia iaitu Melaka dan Johor. Oleh kerna arwah suami orang Segamat dan Sebatu Melaka. Jadi ChikTa sudah lali dengan memasak makanan kegemaran suami.

Cara memasak paste asam pedas ChikTa

1. 1 Pek Paste Asam Pedas 150gm
2. Air 200ml
3. Ikan 500gm
4. Jika suka masukkan bersama bendi/tomato

Masukkan semua bahan bahan diatas kedalam periuk panaskan api dan tunggu sehingga mendidih dan kering agak agak separuh air yang di masukkan tadi.

" SELAMAT MENCUBA"

Masih ramai orang utara belom mengemarinya oleh itu ChikTa ingin mempelopori dan adaptasikan dengan bersesuaian dengan citarasa setempat. 

In Syaa Allah. Aamiinn.......

Di kawasan utara asam pedas cair kekadang ChikTa akan masukkan batang keladi. Tapi di sebelah sana pula panggil asam rebus.


Sunday, May 12, 2019

VISI, MISI & OBJEKTIF SYARIKAT

SJ TECHNOLOGIES AND SERVICES visi menghasilkan produk makanan segera traditional bermutu, bercitarasa asli melayu, disahkan halal yang dikenali dan dipercayai oleh segenap lapisan masyarakat samada didalam atau luar negara.

SJ TECHNOLOGIES AND SERVICES misi mengeluarkan dan memasarkan produk makanan segera traditional bermutu yang mendapat memenuhi permintaan kepuasan hati pelangan.

1. Menyediakan persekitaran dan kemudahan yang sesuai, baik dan bersih dalam proses penyedian makanan.
2. Kualiti dan penyimpanan bahan asas dikawalselia untuk menjamin mutu produk.
3. Mendapatkan produk pengiktirafan dan pensijilan halal.
4. Memasarkan produk di pasaraya besar diseluruh negara.

SEJARAH, STATUS DAN RANCANGAN MASA HADAPAN.

Syarikat SJ TECHNOLOGIES AND SERVICES telah ditubuhkan pada 11hb Jun 2015. Sejak 20 tahun lalu Hajjah Chik telah mengusahakan gerai makan di Kampung Masjid Batu, Kuala Kurau dengan menu utama Gulai Sembilang dihadapan rumah beliau. Atas faktor usia dan kesihatan perniagaan telah ditutup. Keunikan citarasa masakan yang disediakan oleh Hajjah Chik tetap ditagih oleh penduduk setempat memberi idea kepada anak beliau, Puan Siti Jelita untuk menghasilkan pes berasaskan resepi masakan ibu beliau. 

Pes dihasilkan laris dijual dan mendapat permintaan tinggi dari kawasan sekitar Parit Buntar, Bagan Serai dan Taiping untuk melakukan penambah baikan dan pemasaran produk yang  lebih efektif Syarikat SJ Technologies And Services telah mengambil alih perniagaan pada Disember 2018.

Puan Siti Jelita sendiri telah menghadiri kursus penyediaan, pembungkusan dan pemasaran makanan dalam proses menaik taraf produk. Syarikat turut mendapat khidmat nasihat, bantuan peralatan atau mesin dan sebagainya dari Pihak Baitulmal (MAIPK).

Syarikat merancang untuk menaik taraf perniagaan melalui pengubahsuaian premis kedai makan ibu beliau yang sangat strategik dihadapan jalan utama ke pekan Kuala Kurau. Di alamat No. 24, Kampung Masjid Batu, Kuala Kurau, Perak Darul Ridzuan.

Pihak syarikat akan mengadakan demostrasi Food Taster dihadapan Market Bagan Serai dan dipasar-pasar sekitar Kuala Kurau, Batu 5, Jalan Parit Buntar, Parit Buntar dan Taiping.

Jumpa kami disana.

Semoga usaha kami beroleh kejayaan. In Syaa Allah, Aamiinn.......

ChikTa Pes Kari Ikan
ChikTa Pes Kari Daging/Ayam/Telur/Udang
ChikTa Pes Kurma
ChikTa Pes Asam Pedas
ChikTa Pekasam Daging Burger

"RASA SEKALI NAK LAGI"

FLYER PRODUK